BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum. Dari Abu Hurairah radiiyallahu bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda: “Barang siapa menipu dan merusak (hubungan) seorang hamba dari tuannya, maka ia bukanlah bagian dari kami. Dan barang siapa merusak (hubungan) seorang wanita dari suaminya, maka ia bukanlah bagian dari kami”. Soalan saya adakah hadis di atas adalah sahih? Kerana adik perempuan saya bercadang berkahwin dengan lelaki yang sudah beristeri. Masalahnya adalah isteri lelaki tersebut minta diceraikan sekiranya lelaki tersebut tetap mahu berkahwin dengan adik saya. Lelaki tersebut tidak bercadang untuk menceraikan isteri pertamanya. Tetapi itu syarat yang diberikan isterinya. Jika perceraian tersebut berlaku adakah adik perempuan saya tergolong dalam golongan seperti dalam hadis tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, hadis tersebut adalah hadis sohih yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda; ليس منا من خبب امرأة على زوجها او عبدا على سيده Maksudnya : Bukan dikalangan kami (umat Nabi Muhammad SAW) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya, atau hamba dengan tuannya”. (Riwayat Abu Daud) Jika adik saudara ingin berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri, mereka hendaklah membuat permohonan poligami di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran mengikut syarat dan prosedur yang telah ditetapkan. Talak adalah hak suami, tidaklah berlaku perceraian lelaki tersebut dengan isterinya, jika beliau tidak mentalakkannya. Manakala poligami adalah sesuatu yang disyariatkan dalam Islam. Oleh itu, adik saudara tidak tergolong seperti dalam hadith tersebut, jika dilakukan mengikut prosedurnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 171

message user image