Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
soalan saya adalah berkenaan dengan hubungan kejiranan, sejak dari kecil saya sering melihat Ibu saya Ada masalah dengan jiran walaupun pada awalnya mesra tapi akhirnya akan ada pergaduhan besar sehingga Kami terpaksa berpindah rumah dan sekarang saya sudah dewasa berumur 22 tahun (bekerja menanggung keluarga) (sebelum ini saya pernah bertanyakan soalan mengenai hubungan saya dan ibu saya.) pada suatu hari saya dalam bilik tidak lama kemudian adik saya memanggil Dan maklumkan pada saya bahawa ibu saya Dan jiran bergaduh (saling mencela Dan Banyak perkataan tidak baik) kalau menurut adik saya ini kerana ibu saya mula tidak suka dengan jiran tersebut kerana berbuat sesuatu tidak baik Dan itu beberapa Kali berlaku tapi meskipun begitu jiran Kami sentiasa baik Dan Cuba merapatkan hubungan. hal ini menjadi satu isu dalam kejiranan. saya menghentikan pergaduhan tersebut Dan meminta maaf kepada jiran Dan Cuba menasihati ibu tapi ibu tidak dengar Dan sehingga sekarang saya merasa bersalah terhadap kalangan jiran lain sebab selepas itu saya dapat tahu lagi banyak lagi masalah berlaku antara dia Dan jiran lain. sehingga sekarang saya tidak tahu apa harus saya lakukan untuk berbaik dengan mereka dalam keadaan ibu saya Masih berprasangka buruk kepada mereka . bukan itu sahaja saya Dan Ibu saya sering tak sependapat Dan dia jadi tidak ingin bercakap dengan saya sebab ini meskipun saya selalu nasihat dengan baik. islam sangat mementingkan hal kejiranan tapi saya tidak pasti apa harus saya lakukan . saya harapkan pendapat Dan nasihat. terima kasih
Jawapan
Berdasarkan persoalan yang dinayatakan, puan sebagai anak boleh terus menasihati dengan lembut dan berhikmah kepada ibu puan sambil mendoakannya agar diberikan hidayah dan dilembutkan hati untuk berbaik dengan jiran. Dalam masa yang sama, puan masih boleh untuk bermuamalah dan bergaul dengan jiran bagi meraikan jiran. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Syuraih RA, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah memuliakan jirannya. (Riwayat Muslim)
Sekian, terima kasih.