Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum..saya ingin bertanyakan tentang perkahwinan. saya berasal dari selangor manakala bakal pengantin perempuan berasal dari kelantan. soalan saya, jika saya ingin mengambil ujian hiv pra perkahwinan, borang manakah yang saya perlu gunakan? Borang dari jabatan agama islam kelantan atau borang dari kementerian kesihatan malaysia atau borang keputusan hiv negeri? Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, boleh mendapatkan borang dan melakukan ujian hiv di klinik kesihatan yang berhampiran dengan tempat tinggal saudara. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.