BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

assalamualaikum..apakah hukum menyentuh kucing, tapi kucing terkejut diTanah haram. tpi bukan dalam ihram.

kucing tidak mengalami kecederaan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام  ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Larangan-larangan dalam ihram dikategorikan kepada lima perkara asas iaitu pakaian, perhiasan badan, wangian, seks dan alam sekitar. Adapun larangan memburu binatang ini termasuk dalam kategori alam sekitar dan hukum haram tersebut adalah pada memburu atau membinasakan binatang buruan darat yang halal dimakan di Tanah Halal atau Haram. 

Manakala, haiwan fawasiq boleh dibunuh sebagaimana hadis daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِي الْحَرَمِ الْعَقْرَبُ وَالْفَارَةُ وَالْحُدَيَّا وَالْغُرَابُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ

Maksudnya: Khams fawasiq (haiwan perosak yang lima) yang perlu dibunuh meskipun di dalam keadaan berihram; kala jengking, tikus, burung ‘Kite’ (burung pemangsa seakan helang), burung gagak dan anjing ganas. (Riwayat Muslim) 

Merujuk kepada persoalan, menyentuh atau memegang kucing ketika di Tanah Haram sama ada sedang berihram atau tidak, adalah dibenarkan dan tidak dikenakan dam kerana perbuatan menyentuh tersebut bukanlah perbuatan yang menyakiti dan memburu binatang.

والله أعلم بالصواب

Sekian terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image