BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Tuan, seorang rakan saya merupakan bekas pekerja Royal Selangor Club selama 20 tahun, beliau bekerja sebagai pelayn yang mana beliau terlibat dengan hidangan arak, soalan beliau adalah apakah hukum beliau menggunakan wang EPF hasil daripada pekerjaan beliau selama 20 tahun bersama Royal Selangor Club? Beliau sangat rungsing Harap ada jawapan terhadap persoalan beliau..


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, pekerjaan beliau adalah haram kerana jelas penglibatannya sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA bahawa: لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.” (Riwayat al-Tirmizi) Justeru, wang EPF hasil daripada pekerjaan beliau dikategorikan sebagai wang yang tidak patuh syariah. Ia hendaklah disalurkan kepada kebajikan, atau diserahkan ke Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), atau layari link berikut untuk maklumat lanjut : http://www.mais.gov.my/perkhidmatan/perkhidmatan-baitulmal/pengurusan-wang-tidak-patuh-syariah والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 93

message user image