BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang hukum. Jika saya mempunyai kedai makan dan saya menjemput seorang pempengaruh media sosial lelaki untuk membuat ulasan makanan di kedai saya, tetapi lelaki tersebut berpenampilan atau berperwatakan menyerupai perempuan, apakah hukum bagi saya sebagai pemilik kedai yang menjemputnya untuk membuat ulasan tersebut? Adakah saya turut berdosa kerana memberi ruang kepadanya untuk membuat ulasan di kedai saya?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Hukum tasyabbuh dengan jantina lain adalah HARAM dan termasuk salah satu dosa besar kerana telah sabit nas-nas syar’ie bahawa Allah SWT melaknat orang yang melakukannya dengan lisan Nabi SAW. Dari Ibn ‘Abbas RA dalam sabda Baginda SAW:

لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ

Maksudnya: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.

Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya ulasan makanan yang dibuat oleh pempengaruh tersebut secara tidak langsung menjadi sokongan atau promosi kepada perwatakannya yang menyerupai perempuan, maka perbuatan tersebut adalah dilarang dan boleh membawa kepada dosa. Namun, jika ulasan yang dibuat hanya bertujuan mempromosikan kedai makanan serta tidak melibatkan sokongan terhadap perwatakan tersebut, maka hukumnya adalah harus.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 5

message user image