BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum...saya ingin bertanya. Bagaimana hukum wanita dalam keadaan haid ambil wuduk sedangkan mengambil wuduk itu sudah menjadi kebiasaan dia. Mohon pencerahan


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, hukum wuduk bagi seorang wanita yang sedang dalam keadaan haid adalah tidak sah wuduknya. Wuduk tersebut tidak mampu mengangkat hadasnya kerana haid. Tambahan pula, antara perkara yang membatalkan wuduk adalah datang haid. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 192

message user image