BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, mufti

1. jika seseorang itu sudah terlupa adakah dia pernah solat secara tidak tomakninah dahulu , dan benda ni menjadi satu perasaan waswas, adakah perlu diqadha ? terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan soalan yang diajukan, jika seseorang itu sudah terlupa sama ada dia pernah solat tanpa tuma'ninah atau sebaliknya pada masa lalu bahkan keraguan ini kini menjadi was-was, dia tidak perlu mengqadha' solat tersebut. Ini kerana keraguan yang timbul setelah selesai ibadah dan telah berlalu lama, terutamanya jika ia bersifat was-was yang berulang, ianya tidak perlu dilayan. Islam mengajar kita untuk tidak melayan was-was yang berlebihan, kerana ia boleh membawa kepada kesukaran dan keraguan yang tidak berkesudahan. Ini berdasarkan kaedah fiqh :-

اليقين لا يزول بالشك

Maksudnya: keyakinan tidak hilang dengan keraguan.

Sesuatu yang telah dilakukan dengan yakin pada masa lalu tidak boleh dibatalkan atau diragui hanya atas dasar syak semata-mata. Jika tiada kepastian yang nyata maka hukum asal adalah kekal sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image