BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

saya bekerja di temerloh pahang dan setiap hujung minggu saya akan balik seri kembangan, selangor berjumpa isteri di rumah sendiri. Boleh kah saya solat jamak sepanjang saya berada di seri kembangan, selangor


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Syarat perjalanan yang diharuskan solat jamak adalah seperti berikut:

1. Jarak perjalanan cukup 2 marhalah = 81 KM atau lebih dan perjalanan itu sehala, bukan pergi - balik.

2. Perjalanan yang ada tujuan tertentu bukan perjalanan yang tidak tentu hala.

3. Bukan perjalanan untuk membuat maksiat.  

Berdasarkan situasi yang dikemukakan, saudara hendaklah menentukan di mana tempat yang saudara bermastautin dan bermukim. Mastautin ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat dan tidak ada niat untuk berpindah ke tempat lain walaupun dia lahir di tempat lain. Mukim ialah orang yang tinggal di satu-satu tempat lebih daripada 3 hari. Dia tidak berniat untuk kekal selama-lamanya di situ.

Jika saudara memilih untuk bermastautin di Seri Kembangan Selangor, maka di Temerloh, Pahang adalah tempat saudara bermukim. Justeru, saudara tidak boleh solat jamak sepanjang berada di Seri Kembangan, hanya boleh solat jamak semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Pahang - Selangor - Pahang sahaja.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image