BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

1. Apa kah solat sunat rawatib

( solat khobliah & Ba'diah ) yg afdal 4 rakaat ?

saya keliru , ada yg kata khobliah zuhur ada yg kata ba'diah zuhur serta Ba'diah isyak ?

2. Apa kah pekerja am Bangladesh itu layak terima zakat . Apa kah mereka Asnaf yg 8 itu ?

 

terima kasih 

jazakummullah 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

1. Merujuk soalan yang diajukan, solat sunat rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum ataupun sesudah solat fardhu lima waktu. Solat rawatib sebelum solat fardhu dikenali sebagai solat sunat qabliyah, manakala solat rawatib yang setelah solat fardhu pula dikenali sebagai solat ba’diyah. Solat sunat rawatib ini pula terbahagi kepada mu’akkad (ditekankan) dan ghairu mu’akkad (tidak ditekankan). 

Solat-solat sunat rawatib yang mu’akkad ialah:

a. Dua rakaat sebelum Subuh

b. Dua atau empat rakaat sebelum Zohor

c. Dua rakaat (dari empat rakaat) selepas Zohor

d. Dua rakaat selepas Maghrib

e. Dua rakaat selepas solat Isya’ 

2.  Dalam Islam kewarganegaraan bukanlah syarat asas untuk layak atau tidak layak menerima zakat. Asas yang menjadi penentu utama adalah status Islam dan tahap keperluan hidup (kemiskinan) mereka. Pekerja Bangladesh layak menerima zakat jika mereka memenuhi syarat salah satu daripada 8 asnaf, khususnya fakir, miskin, gharim (berhutang), atau ibn sabil (musafir yang kehabisan bekalan), dengan syarat asasnya:

a) Mereka beragama Islam, dan

b)  Mereka benar-benar memerlukan (pendapatan tidak mencukupi / kesempitan hidup yang nyata).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image