Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum wbt.. Saya ingin bertanya adakah haram jika kita memakai selipar yang ada gambar anjing dipermukaan pelapik kasut? saya baru beli kasut brand hush puppies online dan tidak perasan ada logo anjing dikasut itu
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, memakai seliper jenama tersebut tidaklah haram. Namun, tidak manis atau tidak elok bagi seorang muslim memakainya, lebih-lebih lagi seliper yang ada gambar anjing. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.