BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalaamualaikum tuan mufti, adakah sah solat seorang ada penyakit was was yang teruk jika ia hanya zhon berat sangkaan bahawa solatnya sudah sah tetapi tidak sampai tahap yakin


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, seseorang yang mempunyai zhon berat bahawa solatnya adalah sah dan sememangnya menepati kehendak syarak, maka solatnya adalah sah walaupun tidak mencapai tahap yakin. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang disebutkan dalam Hasyiah al-Bujuayrimi (1/243):

أَنَّ الْعِبْرَةَ فِي الْعِبَادَاتِ بِمَا فِي نَفْسِ الْأَمْرِ مَعَ ظَنِّ الْمُكَلَّفِ

Maksudnya: Yang menjadi ukuran dalam ibadah ialah hakikat sebenar pelaksanaan ibadah itu berserta sangkaan (zhan) mukalaf itu sendiri.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 10

message user image