Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
assalmualaikum..
tentang duit epf arwah abg ipar..
duit epf arwah abg ipar telah dikeluarkan selama 4 bulan oleh balu arwah, belum dibayar zakat belum difaraid juga..
adakah perlu tunggu setahun baru perlu bayar zakat 2.5% atau dah boleh bayar zakat 2.5% tu?
sebab sy ada baca di website ini, tidak perlu tunggu setahun, sy rujuk artikel link ini
https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=3286
sy perlu penjelasan segera, adakah perlu bayar zakat duit epf tu segera tidak perlu tunggu setahun pon, kemudian baki duit epf tu baru buat faraid, epf arwah 100k
terima kasih..
Jawapan
Berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Ke-49 pada 19 September 2000, wang KWSP adalah harta pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid dan penama KWSP yang telah dilantik hendaklah membahagikan wang KWSP tersebut mengikut hukum faraid.
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, wang KWSP arwah sebanyak RM100,000 yang telah dikeluarkan oleh balu tetapi masih belum difaraidkan pada asasnya kekal sebagai harta pusaka arwah, dan bukan menjadi milik mutlak balu hanya kerana balu ialah penama. Walaupun terdapat ketetapan di Selangor bahawa zakat KWSP boleh dibayar sebanyak 2.5% sejurus wang dikeluarkan tanpa menunggu genap setahun, namun ketetapan tersebut perlu dibezakan dengan keadaan KWSP milik pencarum yang telah meninggal dunia. Bagi harta KWSP arwah, wang tersebut hendaklah diurus dan dibahagikan sebagai pusaka. Oleh itu, dalam kes ini tidak semestinya perlu segera membayar RM2,500 (2.5% daripada RM100,000) sebelum faraid, dan sebaiknya wang tersebut diselesaikan terlebih dahulu sebagai harta pusaka, termasuk urusan hutang, wasiat dan perkara berkaitan, sebelum baki dibahagikan kepada waris mengikut faraid. Selepas setiap waris menerima bahagiannya dan memiliki harta tersebut secara sempurna, barulah kewajipan zakat terhadap bahagian masing-masing dinilai mengikut keadaan dan ketetapan zakat yang berkuat kuasa.
Sekian, terima kasih.