BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum.apakah hukum kalau kita berzumba bercampur jantina. Contoh lelaki dan perempuan. walaupun masih kategori berpakaian sopan dan bertutup aurat tetapi ketat sehingga menampakkan susuk tubuh badan wanita.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, berkenaan dengan tarian Zumba, setakat ini pihak Jabatan Mufti Selangor tidak menfatwakan lagi tarian zumba sepertimana yang telah difatwakan oleh Jabatan Mufti Negeri Sabah. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada fatwa tersebut, pihak kami berpandangan dan bersetuju hukum tarian zumba adalah haram sekiranya ia mengandungi unsur-unsur yang berikut: a. Percampuran lelaki dan perempuan yang bukan mahram b. Pakaian yang menjolok mata c. Pendedahan aurat d. Elemen erotik di dalam tarian e. Persembahan Muzik yang keterlaluan f. Tidak menepati garis panduan bersukan menurut perspektif Islam والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 81

message user image