BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, maaf..saya nak tny.mengenai rukun islam, bagaimanakah susunan dan urutan yang betul terutamanya rukun ke 3 dan 4.

terdapat 2 pendapat..waktu sy belajar dulu, urutannye adalah puasa dan kemudian baru zakat,. tapi sekarang tetibe sy tgk urutan tu terbalik. mcm mne tu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk soalan yang diajukan, Nabi SAW bersabda:

بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ : شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Maksudnya: "Islam dibina di atas lima perkara iaitu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu ialah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa pada bulan Ramadhan."

(Riwayat Bukhari)

Setiap Muslim wajib menunaikan ibadah haji dan puasa (Ramadhan). Adanya perkaitan rukun Islam antara satu sama lain. Siapa yang mengingkarinya maka dia bukan seorang Muslim berdasarkan kesepakatan umat Islam. Kenapa haji disebut dahulu berbanding puasa Ramadhan? Imam al-Nawawi berpendapat: "la hanya berkenaan urutan penyebutan bukan berkenaan dengan urutan hukum."

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image