Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya jikalau kita bayar zakat, bersedekah atau berinfak untuk mengurangkan cukai pendapatan adakah kita masih mendapat pahala bersedekah tersebut?
Jawapan
Membayar zakat adalah satu kewajipan terhadap umat Islam. Manakala bersedekah atau berinfak merupakan amalan sunat yang dituntut bagi umat Islam. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 45 :
Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, kesemua perkara tersebut bila dilaksanakan maka mendapat ganjaran pahala walaupun bercadang untuk mengurangkan cukai pendapatan. Ini kerana niat pada mulanya untuk menyerahkan zakat atau bersedekah kepada penerima yang layak.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.