BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assallamualaikum... nama saya Tajudin... Saya seorang computer programer.. saya ada merancang untuk mendirikan sebuah sistem bagi memudahkan Masjid atau mana2 agensi yg ingin membuat tabung  derma on line bagi memudahkan anak kariah membuat sumbagan kepada masjid2  di kawasan mereka... sistem ini akan di kawal oleh pihak saya dari segi pengurusan..tetapi setiap sumbangan akan masuk terus ke akaun masjid... jadi pertanyaan saya ...boleh kah saya buat sistem ini ?... dan boleh atau tidak jika saya mengenakan charge diatas perkhimatan dan sistem yg saya dirikan ini?.. dan berapa peratus yg boleh diambil jika boleh?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, secara asasnya hukum membuat sistem bagi memudahkan pengurusan masjid adalah harus namun jika dikenakan caj di atas perkhidmatan tidak dibenarkan kerana duit sumbangan adalah amanah, bukan untuk mendapat imbuhan atau keuntungan peribadi. Mereka yang mengurus dan terlibat dengan pengurusan masjid, tidak menjadikan keuntungan dunia sebagai matlamat malahan menjadikan ganjaran pahala di akhirat sebagai tujuan.  Apa pun pihka tuan boleh merujuk untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Negeri yang tuan tinggal.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image