BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, pertanyaan saya bila tarikh tarikh puasa sunat 3 hari sstiap awal, pertengahan dan akhir bulan sefiap bhlan hijrah. Wasalam.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام رحمة الله وبركاته 
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, antara hari dan tarikh yang ditetapkan dalam Islam untuk kita berpuasa sunat selain daripada hari Isnin dan Khamis adalah:

  • Puasa selang sehari atau dipanggil puasa Nabi Daud AS sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Amru Bin al-As bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى اللَّهِ صَلَاةُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلَام وَأَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ وَكَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ وَيَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا

Maksudnya: Solat yang paling Allah cintai adalah solat Nabi Daud AS dan puasa yang paling Allah cintai adalah puasa Nabi Daud AS. Nabi Daud AS tidur hingga pertengahan malam lalu bangun mendirikan solat pada sepertiga malam yang terakhir kemudian tidur kembali pada satu perenam malam yang terakhir. Dan Nabi Daud AS puasa sehari dan berbuka sehari. (Riwayat al-Bukhari)

  • Puasa 3 hari setiap bulan Islam atau dikenali dengan puasa hari putih iaitu puasa pada 13,14 dan 15 haribulan hijrah sebagaimana Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا صُمْتَ شَيْئًا مِنْ الشَّهْرِ فَصُمْ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ

Maksudnya: Jika engkau ingin berpuasa beberapa hari dalam sebulan, maka berpuasalah (pada tarikh) tiga belas, empat belas dan lima belas.

والله أعلم بالصواب 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image