BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Sah atau tidak solat seseorang itu jika dia memakai rambut palsu yang di perbuat dari rambut manusia ketika bersolat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum memakai rambut palsu adalah haram. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: ''Allah melaknat orang yang menyambung rambut dan melaknat pula orang yang disambungkan.'' (Muttafaqqun alaih) Ulama Syafi’e ada menyebutkan pemanfaatan rambut manusia untuk apapun juga, diharamkan demi kehormatan dan kemuliaan manusia itu sendiri. Oleh itu memakainya adalah haram. Bagaimanapun, solatnya sah, jika rambut tersebut tidak mengandungi najis. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 938

message user image