BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan mufti/ustaz/ustazah,

Saya nak bertanya berkaitan puasa sama ada puasa saya sah atau pun tidak

 

Situasi 1:

Jika terhidu asap yang keluar dari rice cooker ketika masak nasi..batal tak puasa? Ketika itu nasi tengah nak mendidih..ada air ketika itu..kerana nasi nak mendidih (wap air) Kerana kedudukan rice cooker dan sterelizer botol susu anak saya dekat..ketika saya nak sterelize botol susu anak saya..muka berada di atas rice cooker dan saya hidu asap yang keluar dari rice cooker..sebanyak 2 kali..pada waktu yang sama..sebab saya tak ingat kerana ralit didapur pada waktu tersebut. Masa saya hidu tu saya terpana seketika tapi saya tak alihkan muka dan sambung letak botol susu anak ke dalam bekas sterilizer.

 

Situasi 2:

Hari isnin, selepas azan maghrib, iaitu selepas saya siap berbuka puasa..ketika bersihkan diri saya ternampak macam ada tompokan kecil warna merah tetapi saya tak pasti sama ada itu darah haid atau tidak. Dan warna tak berapa jelas Kerana saya lampu terang rosak. Tetapi seperti warna merah. Lampu yang saya buka ketika itu malap sedikit tetapi masih boleh nampak. Kemudian tak ada apa apa darah yang keluar sehingga keesokkan harinya iaitu hari selasa petang dalam jam 4 ke 5 petang barulah darah haid keluar di mana saya yakin keluar. Saya khuatir sebenarnya darah haid sudah keluar sebelum azan maghrib pada hari isnin dan saya hanya perasan ia ketika bersihkan diri iaitu selepas berbuka puasa. Tetapi saya tidak pasti sama ada itu memang darah haid atau benda lain. Sah atau tak puasa saya pada hari isnin?

 

Situasi 3:

Jika tahun 2024, Saya kena ganti puasa sebanyak 5 hari. Dan kemudian Saya tak sempat nak ganti sehingga masuk bulan Ramadan pada tahun 2025. Kemudian Saya tidak berpuasa selama 7 hari Kerana datang haid (puasa Ramadan tahun 2025).Jadi jumlah puasa yang Saya kena ganti sebelum masuk bulan Ramadan tahun 2026 adalah sebanyak 12 hari berserta fidyah 5 hari puasa. Kemudian Saya sempat ganti puasa 11 hari sahaja sebelum masuk bulan Ramadan pada tahun 2026. Untuk 1 hari yang saya tak sempat ganti adalah untuk puasa tahun 2024 atau 2025? Jika Saya tak pasti Saya niat ganti puasa 11 hari itu untuk tahun 2024 atau 2025 dikira macam mana. Fidyah Saya untuk ganti puasa lagi sehari untuk tahun bila? Gandaan 1 atau 2?

 

Situasi 4:

Ketika mandi selepas azan subuh, Saya Cuba bernafas ikut mulut..kerana Saya risau bernafas ikut hidung akan menyebakan Saya tersedut air sehingga masuk ke bahagian had batin. Ketika Saya Cuba bernafas ikut mulut seperti ada air masuk ke dalam mulut..dan tekak saya macam mengalir air..tetapi Saya tak ada telan apa apa air pun..dan selepas siap mandi saya cuba ludah beberapa kali untuk elak dari tertelan air..tetapi kemungkinan air masuk dalam mulut mungkin ada ketika mandi sebab saya buka mulut untuk bernafas. Batal ke puasa saya?

 

Itu sahaja soalan saya..terima kasih banyak ustaz dan ustazah Kerana sudi baca dan jawab pertanyaan dan kemusykilan saya. Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz dan ustazah. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

  1. Wap yang keluar daripada rice cooker itu terhidu secara tidak sengaja ketika melakukan kerja di dapur, bukan dengan tujuan memasukkan sesuatu ke dalam rongga hidung dengan sengaja. Justeru, puasa puan adalah sah.

  2. Puasa puan pada hari Isnin adalah sah dan tidak perlu diqada'. Ini kerana, puan telah melihat tompokan tersebut selepas selesai berbuka. Adapun berkaitan tompokan yang tidak dapat dipastikan sama ada haid atau tidak, jika tempoh suci puan cukup 15 hari, maka tompokan yang dilihat tersebut adalah haid puan yang baru bagi bulan tersebut. 

  3. Baki puasa yang masih perlu diqada' ialah 1 hari. Jika puan tidak menentukan qada’ tersebut untuk puasa tahun 2024 atau 2025, maka tidak menjadi permasalahan kerana qada’ puasa tidak disyaratkan menentukan tahun. Adapun bagi kaedah pembayaran fidyah, terdapat dua kaedah iaitu sama ada digandakan atau tidak digandakan. Ini berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil. 1/2001 yang bersidang pada 16 Januari 2001 telah sebulat suara membuat keputusan bahawa: Harus menggunakan 2 kaedah: i. Gandakan fidyah dan kifarah mengikut tahun. ii. Tidak digandakan kadar pembayaran fidyah dan kifarah. Puan boleh merujuk kepada laman sesawang berikut http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/keputusan-fatwa-xwarta/2001-2005/812-hukum-gandaan-fidyah-dan-kifarah . 

  4. Puasa puan sah dan tidak batal. Air liur yang bercampur dengan air yang termasuk dalam mulut lalu ditelan tanpa niat menelan air yang masuk tersebut adalah dimaafkan kerana keadaan ini sukar dikawal oleh manusia. Puan juga tidak perlu sampai tahap bernafas melalui mulut ketika mandi. Bernafaslah seperti biasa dan elakkan berlebih-lebihan memasukkan air ke dalam hidung atau mulut.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image