Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Asslammualaikum kepada yang membaca. Saya mencari kepastian. Jika sedang mandi wajib lalu setitik peluh terjatuh masuk ke dalam air tadahan baldi yang tinggal segayung atau dua, adakah air itu berubah menjadi musta'mal dan adakah masih sah digunakan untuk mandi wajib?
Jika sudah selesai mandi wajib menggunakan air tersebut adakah sah mandi wajib atau perlu mengulanginya?
Mohon pencerahan
Jawapan
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
Peluh yang keluar daripada badan seseorang tidaklah dikategorikan sebagai najis, sebaliknya hanya kotoran. Justeru setitik peluh yang terjatuh masuk ke dalam air tadahan baldi adalah sah digunakan dan bukanlah air musta’mal. Oleh yang demikian, mandi wajib itu adalah sah dan tidak perlu diulangi.