Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mengenai hukum berkaitan najis cicak.
Situasinya begini: Saya memasukkan pakaian yang masih basah/lembap ke dalam dryer. Namun, saya baru perasan dryer tersebut perlu membuat bayaran melalui scan, jadi saya keluarkan pakaian dan pindahkan ke dryer lain di tingkat atas.
Semasa memindahkan pakaian, sehelai seluar ahli keluarga saya telah terjatuh ke lantai. Saya kemudian mengebas seluar tersebut dan memasukkannya semula ke dalam dryer. Selepas itu, saya baru perasan terdapat najis cicak yang sudah kering di lantai, berdekatan dengan tempat seluar tersebut terjatuh.
Saya tidak nampak seluar tersebut terkena najis dan tiada kesan najis pada seluar. Namun, saya tidak pasti sama ada seluar yang masih basah/lembap itu ada tersentuh dengan najis cicak yang kering tersebut atau tidak. Saya hanya menyedari kewujudan najis selepas saya mengebas dan memegang seluar tersebut.
Persoalan saya:
Mohon pencerahan daripada pihak Mufti. Terima kasih.
Jawapan
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna, bau atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang warna, bau dan rasa.
Menurut persoalan yang diajukan, segala kemusykilan adalah berdasarkan sangkaan dan andaian. Maka daripada itu, kembali kepada kaedah fiqh iaitu ;
Maksudnya:
“Keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan.”Seperti permasalahan yang diajukan, Pihak Tuan/Puan telah mengetahui bahawa pakaiannya berada dalam keadaan suci. Kemudian timbul keraguan sama ada pakaian tersebut terkena najis atau tidak. Maka, keadaan asal pakaian tersebut, iaitu suci, dikekalkan sehingga terdapat keyakinan atau bukti yang menunjukkan berlakunya kenajisan.
Berdasarkan situasi yang dinyatakan:
Sekian, terima kasih.