BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Ketika sembahyang fardhu berjemaah, Imam terlupa duduk tahiyat awal tapi telah berdiri dengan sempurna untuk meneruskan rakaat ketiga. Setelah mendengar makmum sebut subhanallah, imam turun untuk duduk dan baca tayihat awal. Sah kah sembahyang imam tersebut?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, solat tersebut adalah batal dan wajib diulang semula kerana telah berdiri dengan sempurna. Sepatutnya imam melakukan sujud sahwi kerana terlupa melakukan tahiyat awal tersebut, tidak boleh duduk kembali setelah berdiri tegak. Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan daripada al-Mughirah bin Syu’bah, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : إذا قام احدكم من الركعتين فلم يستتم قائما فليجلس وإذا استتم قائما فلا يجلس ويسجد سجدتي السهو Maksudnya : “Apabila seseorang kamu bangun dari rakaat kedua sedangkan dia masih belum berdiri dengan sempurna maka hendaklah dia duduk kembali (untuk baca tasyahud awal). Dan apabila dia telah berdiri dengan sempurna maka jangan duduk dan hendaklah sujud sahwi dengan dua kali sujud” (Riwayat Ibnu Majah) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 326

message user image