BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

saya akan pencen daripada perkhidmatan kerajaan. sekiranya ganjaran pencen dan GCR dikenakan zakat, bolehkah saya gunakan wang yang sepatutnya saya bayar zakat itu, saya infaqkan kepada sekolah untuk digunakan oleh pihak sekolah seperti membaiki kerosakan di sekolah, membeli buku untuk perpustakaan, membina wakaf untuk murid-murid berteduh dan sebagainya.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 9 April 2007:

 “Dari segi syarak mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada Asnaf yang layak, tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.”

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nisa’ ayat 59:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul dan para pemimpin dalam kalangan kamu.

Oleh yang demikian, ada baiknya pihak tuan berhubung langsung dengan Lembaga Zakat Selangor atau pejabat zakat di negeri-negeri untuk mendapatkan pengesahan kategori asnaf yang akan dibayar. Sekiranya dibayar atau diinfakkan kepada bukan asnaf, maka tuan dikiran masih belum menyelesaikan kewajipan berzakat dan ini adalah berdosa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 10

message user image