Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum mufti,
Saya nak tanya soalan bagaimana jika saat saya niat solat dalam hati ada juga perkataan lain yang terlintas apakah sah niat itu?
Terima Kasih Mufti.
Jawapan
Berdasarkan soalan yang diajukan, niat solat tersebut adalah sah selagimana niat untuk menunaikan solat tertentu ada di dalam hati, walaupun terdapat bisikan atau perkataan lain yang terlintas. Bisikan syaitan iaitu perasaan was-was tidak membatalkan niat atau solat. Disarankan agar mengabaikan perasaan was-was dan teruskan solat seperti biasa, serta memperbanyakkan zikir dan memohon perlindungan Allah.
Sekian, terima kasih.