BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

saya patah kaki disebelah kanan, dan tempurung lutut saya sebelah kanan pun dah tak ada, soalan saya boleh ke saya solat duduk selepas sujud pertama pada rakaat pertama? agak sukar saya untuk duduk antara dua sujud, tahiyat awal dan akhir, bukan tak boleh, cuma dalam masa yang singkat, selalunya akan ada kesan lebam dekat lutut kiri saya kerana menahan sakit kerana kaki kanan saya tak boleh lipat dengan sempurna, saya cuba juga tahan kerana nak jaga bacaan dalam solat.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, hukumnya adalah harus dan dibolehkan untuk solat secara duduk pada mana-mana rukun yang menyukarkan (seperti duduk antara dua sujud atau tahiyat), manakala kaki kanan yang cedera boleh dilunjurkan mengikut tanpa perlu dilipat. Islam memberikan keringanan (rukhsah) apabila seseorang itu mengalami kesakitan atau kecederaan fizikal. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 185:

يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ


Maksudnya: Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.

Selain itu, kaedah fiqh yang terbina daripada prinsip syarak ini jelas menyatakan:

الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُ التَّيْسِيرَ


Maksudnya: Kesusahan itu menarik (membawa) kepada kemudahan.

Oleh itu, anda tidak perlu memaksakan diri melipat kaki sehingga menyebabkan lebam pada lutut kiri atau menahan sakit yang keterlaluan. Anda boleh duduk di atas kerusi atau di atas lantai secara melunjur/ bersila bagi rukun yang sukar untuk dilakukan secara biasa. Menjaga kesihatan anggota badan dan mengekalkan khusyuk serta bacaan dalam solat adalah lebih utama berbanding memaksakan bentuk fizikal duduk yang menyakitkan. Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan buat anda dan menerima ibadah yang dilakukan.

والله أعلم بالصواب.


 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image