Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Hukum terlupa melafazkan takbir semasa turun sujud sajadah dalam subuh jumaat. Adakah perlu diulangi solat subuh tersebut?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, takbir tersebut dinamakan sebagai takbir intiqal (takbir perpindahan). Ianya dikategorikan sebagai sunat haiah sebagaimana disebutkan dalam al-Fiqh al-Manhaji:
Maksudnya: Meninggalkan takbir-takbir perpindahan sebagai contoh, adalah makruh kerana melakukannya adalah dianjurkan.
Oleh itu, jika ditinggalkan tidak perlu mengulangi solat tersebut.
Sekian, terima kasih.