Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalam Yang Mulia Ustaz, Saya ingin bertanya samada niat makmuman @ mengikut imam wajib dilaksanakan dalam takbiratul ihram solat fardu Jumaat? Sbb spt sedia dimaklumi, dlm niat ketika takbiratul ihram, ada 3 unsur utama yang perlu disertakan mengikut mazhab Imam Shafeii iaitu (SHJ AKU SOLAT FARDHU JUMAAT). Terimakasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, ya, niat mengikut imam (makmuman) adalah wajib dilaksanakan serentak sewaktu Takbiratul Ihram khusus bagi solat fardhu Jumaat. Dalam mazhab Syafi'i, niat makmuman (sebagai makmum/ mengikut imam) bagi solat fardhu harian biasa adalah sunat, tetapi bagi Solat Fardhu Jumaat, ia bertukar menjadi syarat sah (wajib). Ini kerana solat Jumaat secara hukum syarak wajib dilaksanakan secara berjemaah. Berikut adalah tatacara niat yang wajib hadir di dalam hati ketika melafazkan "Allahu Akbar" untuk solat Jumaat: