BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam,

Masa saya kecil dulu, saya ada berkawan dengan non-muslim yang bela anjing. Masa umur tu, saya tidak tahu bahawa tidak boleh sentuh anjing, jadi saya masa kecil telah menyentuh anjing secara sengaja. Baru-baru ini umur 20 tahun saya dapat tahu jika saya kering dan anjing itu kering, maka tidak perlu sertu. Saya pasti masa itu saya dan anjing itu dua-dua kering.

Soalan saya:

1) Jika sengaja sentuh anjing yang kering, perlukah sertu?

2) Saya tidak ingat jika anjng itu pernah jilat saya ataupun tidak. Apakah hukumnya? Wajibkah sertu?

3) Saya tidak sertu dari umur kecil kerana tidak tahu dan sekarang anggap anjing itu kering. Jadi saya was-was jika saya betul-betul suci. Saya juga berat hati sebab dah banyak barang saya sentuh dari kecil hingga sekarang, termasuklah semua solat saya telah lakukan. Perlu ganti balik ke semua solat saya jika perlu sertu? Macam mana dengan semua barang-barang dulu dan sekarang yang saya dah sentuh? Termasuk phone dan laptop sebagainya?

Terima kasih jika jawab.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, secara umumnya anjing ialah najis mughallazah. Ini termasuk seluruh tubuh badan anjing termasuklah bulu, air liur dan kulitnya adalah najis. Jika seseorang menyentuh anjing dalam keadaan anjing itu kering dan tangannya juga kering, maka tidak berlakulah perpindahan najis. Ini kerana najis hanya berpindah apabila terdapat satu pihak yang basah sahaja. Jawapan bagi soalan yang diajukan adalah seperti berikut:

1. Menyentuh anjing dalam keadaan kering tidak memindahkan najis, iaitu tidak menjadikan tangan menjadi bernajis. Walau bagaimanapun, menyentuh atau memegang anjing dengan sengaja tanpa sebarang tujuan atau hajat adalah dilarang kerana ia dikategorikan sebagai najis mughallazah.

2. Sekiranya jelas puan dijilat anjing, maka wajib untuk disertu kerana air liur anjing juga merupakan najis mughallazah. Adapun dalam situasi puan yang tidak pasti sama ada telah dijilat atau tidak, maka hukum asalnya adalah suci kerana ia merupakan situasi yang diragui. Terdapat kaedah yang menyebut: 

اليَقِينُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ

Maksudnya: Keyakinan tidak dihilangkan dengan keraguan. 

3. Perkara yang dilakukan tanpa pengetahuan hukumnya lebih-lebih lagi ketika masih kecil adalah dimaafkan. Yakinlah semua barang yang pernah dipegang sebelum ini adalah suci dan ibadah yang dilakukan adalah sah. Banyakkan beristighfar. Mulai saat ini berhati-hatilah apabila dihampiri oleh anjing. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image