BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, Saya ada soalan mengenai hutang yang perlu diselesaikan oleh waris. Untuk makluman ustaz, bapa mertua saya telah meninggal dunia dan mempunyai sebuah syarikat hartanah kecil semasa arwah sihat. Semasa arwah sakit, syarika tersebut telah di tutup. Selepas arwah bapa mertua meninggal, terdapat tuntutan wang pelaburan daripada orang yang terlibat (perjanjian antara syarikat dan pemilik-pemilik tanah yang telah melabur) pemilik-pemilik tanah menuntut wang hasil pelaburan yang dijanjikan oleh syarikat arwah bapa mertua dahulu. Sekarang bapa mertua telah tiada dan pemilik tanah ini memohon waris iaitu anak arwah untuk menyelesaikan tuntutan itu. sedangkan anak-anak arwah tidak tahu menahu mengenai syarikat itu dan tidak bekerja dengan syarikat itu. tambahan pula syarikat itu telah ditutup. Adakah wajib waris menyelesaikan tuntutan ini, jika benar waris perlu selesaikan, waris tidak mempunyai apa-apa untuk dilangsaikan kepada penuntut. saya amat memohon soalan ini dapat dijawab dengan segera oleh pihak ustaz. ribuan terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perkara yang perlu diperincikan adalah isi kandung kepada perjanjian ditunaikan kerana Nabi Muhammad SAW bersabda, Daripada Abu Hurairah yang bermaksud: “Orang muslim itu berpegang pada janji mereka.” (Riwayat Abu Daud) Jika dalam perjanjian ada menjelaskan keuntungan atau hasil pelaburan perlu diberikan kepada pemilik-pemilik tanah ia sememangnya perlu dilaksanakan. Namun, hasil pelaburan atau keuntungan hanya boleh dibayar jika sememangnya terdapat keuntungan semasa dalam perjanjian. Perjanjian ini termasuk dalam konsep mudharabah iaitu akad kerjasama perniagaan antara dua pihak iaitu pihak yang mengelola perniagaan (mudharib) dan pemodal (sahibul mal). Perkara penting akad jenis ini adalah kesepakatan berkenaan nisbah hasil keuntungan. Amatlah penting untuk pihak yang menuntut (pemberi modal) mengemukakan dokumen perjanjian (disebabkan waris tidak tahu menahu keberadaan/fungsi dan kewangan syarikat). Jika terbukti sememangnya akad dan perjanjian dimeterai, waris perlu bertanggungjawab untuk melunaskan perjanjian ini berlandaskan keuntungan dari syarikat tersebut seadanya. Dicadangkan juga dibawa ke Mahkamah Syariah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 81

message user image