Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
**Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.**
Saya seorang lelaki yang menghidap **spina bifida** dan mengalami masalah **kencing tidak terkawal (urinary incontinence)**. Oleh sebab itu, saya sentiasa memakai lampin dan menggunakan botol/alat takungan air kencing yang dipasang pada zakar bagi mengelakkan kebocoran.
Cara saya menunaikan solat pada masa ini adalah seperti berikut:
* **Solat Subuh:** Saya bangun, membersihkan diri dan kemaluan, memasang botol takungan air kencing pada zakar, kemudian mengambil wuduk dan terus menunaikan solat Subuh.
* **Solat Zuhur dan Asar:** Apabila masuk waktu Zuhur, saya membersihkan diri sekali lagi, mengambil wuduk, kemudian menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak.
Saya ingin memohon penjelasan mengenai beberapa perkara:
1. Adakah sah solat saya jika saya memakai botol takungan air kencing, sedangkan semasa solat saya masih dapat melihat air kencing terus mengalir masuk ke dalam botol akibat penyakit yang saya alami?
2. Adakah dibenarkan saya menunaikan solat walaupun terdapat air kencing di dalam botol takungan tersebut sepanjang solat?
3. Apakah cara yang paling sesuai menurut syarak untuk saya menunaikan solat dalam keadaan saya, supaya saya dapat menjaga kesucian dengan sebaik mungkin, di samping menjimatkan penggunaan lampin dan memudahkan urusan bersuci tanpa menjejaskan kesahan ibadah?
Saya amat menghargai panduan dan nasihat yang diberikan. Semoga Allah membalas jasa tuan dengan sebaik-baik ganjaran.
**Jazakumullahu khairan.**
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
Bagi individu yang mengalami daimul hadas atau salasil al-bawl (kencing tidak lawas atau hadas berterusan), hukum-hakam solat mereka mempunyai perincian khusus dalam mazhab Syafi'i.Secara umum daimul hadas atau salasil al-bawl: "Sals" (hadath berterusan) dalam istilah fuqaha, ia merujuk kepada keluarnya sesuatu tanpa pilihan, sama ada air kencing, madzi, mani, wadi, najis atau angin. Orang yang mengalami hadas berterusan ini dianggap sebagai orang yang uzur.
Dalam Mazhab Syafi'i telah menetapkan beberapa syarat khusus bagi yang mengalami keuzuran ini iaitu:
Oleh itu, solat yang didirikan dalam keadaan memakai botol takungan air kencing adalah sah dengan mengambilkira syarat-syarat yang disebutkan telah dipatuhi. Apa yang keluar semasa solat adalah dimaafkan mengambilkira ia adalah di luar kawalan.
Menakala dalam isu jamak solat fardhu bagi mereka yang mengalami daimul hadas, setiap solat fardu wajib ditunaikan dalam waktunya tanpa jamak kerana keuzuran daimul hadas lebih kepada keringanan dalam aspek taharah (bersuci) dan sahnya solat walaupun hadas berterusan, bukan pada penggabungan waktu solat.
Boleh rujuk (klik pautan berikut): Buku Panduan Bersuci Dan Bersolat Bagi Pesakit
Sekian, terima kasih.