BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam, saya ingin bertanyakan Kalau seorang wanita sudah membuang Rahim adakah wajid untuk dia mandi hadas selepas bersetubuh atau selain. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk persoalan yang diajukan, wanita yang telah membuang rahim tetap wajib mandi hadas besar selepas bersetubuh, jika berlaku persetubuhan antara suami dan isteri dengan masuknya zakar ke dalam faraj, walaupun rahim sudah tiada. Kewajipan mandi junub tidak bergantung kepada kewujudan rahim atau datangnya haid, tetapi disebabkan perkara yang mewajibkan mandi seperti persetubuhan atau keluar mani. Oleh yang demikian, selepas melakukan hubungan kelamin, wanita tersebut tetap perlu mandi wajib seperti biasa. Begitu juga jika dia mengalami keluar mani akibat rangsangan seksual, maka wajib mandi junub. Namun begitu, jika hanya berlaku sentuhan atau kemesraan tanpa persetubuhan dan tanpa keluar mani, maka tidak wajib mandi hadas besar. Ketiadaan rahim juga bermakna dia tidak lagi mengalami haid, akan tetapi ia tidak menggugurkan hukum mandi junub selepas persetubuhan. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam surah Al-Maidah ayat 6 iaitu:-

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا۟

Maksudnya: Dan jika kamu dalam keadaan junub, maka hendaklah kamu bersuci (mandi).
 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 6

message user image