BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz.

Apakah hukum seorang individu membaca Al quran digital (dalam telefon) tanpa wuduk? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

 

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, hukum membaca al-Quran dengan mengguna pakai aplikasi al-Quran di dalam telefon tanpa berwuduk adalah harus. Ini adalah kerana  aplikasi al-Quran tidak dihukumkan sebagai mushaf al-Quran kerana ianya hanya tulisan yang dipapar melalui skrin dan kemudiannya hilang, bahkan tidak kekal, berbeza seperti yang dimaksudkan oleh para ulama dengan mushaf al-Quran yang sebenar mengandungi tulisan yang tetap dan hakiki. Selain itu juga, aplikasi al-Quran di telefon pintar hanyalah paparan imej sementara yang tidak sampai ke tahap wajib berwuduk jika menyentuhnya kecuali mushaf Al-Quran yang sebenar jika menyentuhnya wajib berwuduk. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam surah al-Waaqi'ah ayat 79 iaitu:-

لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ

Maksudnya: Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.

Namun, applikasi Al-Quran tidak boleh dibuka di dalam tandas.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 5

message user image