Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Hukum merapatkan atau meranggangkan jari2 tangan dalam solat sunat kan? Jika tidak rapat pada tempat yang perlu rapat tidak mengapa kan?
Jawapan
Merujuk persoalan yang diajukan, Secara umumnya, merapatkan atau merenggangkan jari-jari tangan dalam keadaan tertentu dalam solat adalah termasuk dalam perkara sunnah dalam solat. Jika seseorang tidak merapatkan atau merenggangkan jari-jari pada tempat yang disunatkan, solatnya tetap sah kerana ianya tidak menjejaskan sahnya solat seseorang jika dia tidak melakukannya kerana perbuatan tersebut tidak termasuk dalam rukun atau syarat sah solat. Akan tetapi, disarankan agar memperbanyakkan perbuatan yang sunnah di dalam solat, kerana ianya merupakan perbuatan yang sangat mudah untuk dilakukan dan mendapat pahala.
Sekian, terima kasih.