Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Soalan: Assalamualaikum Soalan saya: Sewaktu remaja dulu saya tidak menggantikan puasa ramadhan yang saya tinggalkan ketika saya datang haid. Saya tidak pasti jumlah puasa yang saya tinggalkan. Anggaran puasa yang tidak diganti lebih kurang 40 hari. Jadi berapa hari puasa yang saya perlu ganti? Dan berapa jumlah yang saya perlu bayar? Sekarang umur saya 34 tahun. Mohon penjelasan.
Jawapan
merujuk kepada persoalan saudari, tetap perlu mengqada’kan puasa selama yang tidak dapat dilaksanakan sebelum masuk ramadhan tahun ini. Namun, jika masih tidak dapat qada’ sehingga bertemu ramadhan tahun ini, maka pada tahun hadapan perlu qada’ dan fidyah bagi setiap hari yang luput. Kaedah pembayaran fidyah adalah dengan mengeluarkan bayaran fidyah sebanyak 1 cupak darab 30 hari (puasa yang ditinggalkan). Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.