BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya ada Google dan membaca artikel di bawah

https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=2979

Sambungan soalan saya ialah, perbualan di atas lebih kepada was2. Tetapi, apa yang berlaku jikalau, sudah seharian diluar dan solat. Malam balik kerumah dan ingin mandi. Tetapi di seluar dalam ada kesan kering (mungkin air mazi atau wadi).

Bagaimana ingin tentukan perlu buat semula semua solat yg berlaku hari tersebut? Kerana ada juga saya solat qada kerana ingin mengisi ruang masa menunggu antara waktu

Terima Kasih 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, tidak perlu mengulangi solat yang dilakukan pada hari tersebut. Ini kerana saudara perasan kesan itu setelah malam dan telah menunaikan solat.

Terdapat kemungkinan bahawa air wadi atau air mazi itu keluar selepas solat didirikan. Untuk menghilangkan keraguan, adalah disarankan untuk memereksa seluar dalam setiap kali sebelum hendak mendirikan solat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 3

message user image