BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam, saya nak tanya berkenaan pengambilan wudhu utk perempuan yg istihadah/kencing tak lawas. Andaikan saya dah ambil wudhu kemudian solat tetapi saya tak habis solat itu kerana rasa mcm wudhu sudah terbatal akibat lain seperti terbuang angin dan sebagainya. Jadi saya mengambil wudhu semula tanpa menggantikan balutan baharu sekali lagi dan membersihkan diri. Adakah solat saya sah? Ataupun wajar mengulangi langkah awal seperti membersihkan diri dan mengganti balutan baharu dahulu walaupun wudhu yg diambil pada awalnya tidak sempat digunakan utk satu solat fardhu pun? Saya ragu2 dgn perkara ini terutamanya jika berada di tempat awam yg agak susah utk mengulangi langkah2 tersebut. Mohon penjelasan ustaz, terima kasih...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, seseorang yang mengalami masalah daimul hadas (sentiasa berhadas) seperti wanita istihadhah atau kencing tidak lawas/ berterusan, apabila terkentut, maka dia hendaklah mengulangi proses bersuci semula dengan membersihkan dan membalut kemaluan lalu berwuduk. Melainkan sekiranya tiada darah atau najis yang keluar, maka memadai dengan mengambil wuduk sahaja. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 4

message user image