Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum...
Dengan berat hati sy ingin menanyakan soalan berkaitan dengan menggugurkan kandungan. kami baru dpt tahu tentang kehamilan pd hari semlm dan pergi check di klinik untuk kepastian dan kandungan sekarang berusia 5 minggu. soalan sy di sini, apakah hukum jika kami menggugurkan kandungan atas sebab:
1) 2 org anak yg baru berusia 6 & 3 tahun
2) kedua2 anak lahir menerusi kaedah ceasarean.
3) anak no 2 masih belum blh bercakap penuh tidak seperti anak2 3 thn yg lain
4) tempat ceaserean masih terasa sakit kadang2
5) baru2 ini isteri mengalami simptom sakit jantung seperti terasa mencucuk di dada kiri dan sakit seluruh tangan kiri. ayah isteri saya mmg mengidap penyakit jantung. kami baru merancang untuk pergi check jantung dan mendapat berita ini.
6) isteri sy mengalami tekanan perasaan kerana belum bersedia untuk hamil atas sebab kesihatan badan yg selalu penat dan kerisauan atas penyakit jantung & trauma luka ceaserean.
7) isteri juga baru sahaja mendapat kerja dan perlu berulang alik menaiki lrt.
Atas sebab2 di atas, apakah hukum jika kami megambil keputusan untuk menggugurkan kandungan tersebut. amat berat bagi kami, tetapi tidak sanggup jika kandungan ini memudaratkan fizikal & mental isteri. diharap persoalan kami ini mendapat jawapan yang boleh mencerah & dan membantu kami dalam membuat keputusan yang sgt berat ini.
Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, terdapat beberapa aspek yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan menggugurkan janin iaitu:
Berdasarkan kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7 – 8 Mac 1990 memutuskan bahawa, haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan teruk yang membahayakan nyawa ibu. Manakala Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Julai 2002 pula telah memutuskan bahawa:
Pastikan dengan doktor pakar Muslim yang dipercayai, bahawa kandungan itu memang akan membahayakan nyawa ibu jika diteruskan. Sekiranya tidak membahayakan nyawa dan hanya mudharat kecil, maka tidak harus menggugurkan kandungan tersebut.
Sila dapatkan nasihat Doktor untuk melihat dharurat yang bakal ditempuhi oleh ibu sekiranya meneruskan kandungan. Sekiranya mudharat ibu lebih besar maka harus menggugurkan kandungan atas nasihat Doktor.
Sekian, terima kasih.