BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, minta penjelasan. Seorang lelaki suka pada isteri rakannya dan meminta rakan tersebut menceraikan isterinya dengan bayaran ganti rugi supaya mereka boleh berkahwin. Adakah dibolehkan Syarak dan bagaimana pula jika isteri tu tidak redha. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, seorang isteri itu bukanlah barang dagangan untuk dijual beli. Hukumnya adalah haram. Ia mengganggu kehidupan rumahtangga pasangan lain. Seorang isteri yang diceraikan pula tidak tertakluk untuk patuh kepada arahan bekas suaminya. Ia bebas memilih dengan siapa yang akan menjadi pasangan hidupnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 215

message user image