BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Soalan: Salam. Saya ingin bertanya bagi pihak kawan saya. Kawan saya inginkan kenaikan gaji kerana hendak menggunakan duit secepat mungkin. Apa yang telah dilakukan oleh beliau adalah seperti ini. Beliau melakukan satu surat tawaran palsu, dengan tawaran gaji yang diberi sebanyak sekian sekian. Dan memaklumkannya kepada HR syarikat tersebut. Sebelum itu, pihak syarikat boleh menaikkan gaji beliau jika beliau mendapat offer letter dari mana-mana syarikat. Oleh kerana tidak mendapat apa-apa tawaran kerja, beliau buat surat tawaran palsu. Jadi, disebabkan beliau diperlukan dalam syarikat itu, pihak syarikat bersetuju menawarkan kenaikan gaji sebanyak yang di tawar di dalam surat tawaran palsu itu. Januari yang lepas, kontrak yang baru telah diberi berdasarkan gaji beliau yang baru di mana lebih tinggi dari sebelumnya. Persoalan: Adakah gaji lebihan yang didapat daripada gaji asal itu berkat? Jika tidak, apa yg harus dilakukan dengan duit tersebut? Dan apa yang harus dilakukan oleh beliau untuk memulihkan keadaan? Beliau menegaskan bahawa salah HR kerana tidak semak surat tawaran tersebut Harap tuan dapat memberi penjelasan ini kerana beliau tidak tahu untuk rujuk kepada sesiapa.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menipu offer letter dan hasil pekerjaan adalah dua perkara yang berbeza. Hendaklah bertaubat di atas perbuatan tersebut. Gaji lebihan yang diperolehinya itu adalah haram. Duit tersebut hendaklah disalurkan kepada kebajikan, atau diserahkan ke Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri. Bagi memulihkan keadaan tersebut, beliau perlu membuat pengakuan terhadap majikannya. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi S.A.W bersabda : من غشنا فليس منا Maksudnya : “Siapa yang menipu bukan dari kalangan kami”. (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 86

message user image