BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: As Salam Pejabat Mufti Selangor, Saya ada kemusykilan disini, apakah hukum memetik/mengerat sedikit ranting, atau mengambil anak dari pokok-pokok bunga yang banyak yang hidup di tepi jalan raya/ di taman rekreasi untuk di tanam di rumah sendiri. Adapun tujuan memetik sedikit ranting untuk mendapat benih/baka bagi tumbuhan tersebut. Dan sesetengah tumbuhan agak mahal untuk dibeli di kedai landskap. Diharap pihak tuan sudi memberi sedikit ilmu dan penjelasan tentang perkara ini. Sekian, Terima Kasih


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, sebarang tanaman yang ditanam sama ada ditepi-tepi jalan ataupun di taman-taman rekreasi adalah bertujuan menjadikan tempat tersebut indah dan cantik dipandang. Sekiranya sebahagian dari tanaman tersebut dipetik atau dikerat untuk kegunaan sendiri oleh segelintir masyarakat, jika hasil dari tindakan tersebut mendatangkan kerosakan atau kecacatan kepada persekitaran, maka hukumnya tidak boleh. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 195

message user image