BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t Ustaz/Ustazah, Saya mempunyai kening yang lebat dan panjang. Walaupun setelah disikat (menggunakan sikat kening), masih juga kelihatan tidak kemas. Soalan saya, apakah hukum merapikan kening dengan menggunting sedikit lebihan kening yang panjang? Diharap pihak Ustaz/Ustazah dapat memberi maklumbalas berkenaan hal ini. Sekian, terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, hukum merapikan kening dengan menggunting sedikit lebihan kening yang panjang adalah harus dengan syarat: i. Berniat hias kerana suami, bukan untuk orang lain dan bukan untuk meniru perbuatan orang bukan Islam. ii. Tidak merapi kening sehingga merubah bentuk asal kening. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 193

message user image