BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,  saya nak tanya berkaitan blind box

Saya nak beli blind box untuk anak murid saya, saya tahu barang apa yang saya nak beli, cumanya saya taktau warna apa yang saya akan dapat. Contohnya saya nak beli squishy toy dalam blind box. Saya tau saya akan dapat squishy toy tapi taktau bentuk apa dan saya tak kisah pun dapat bentuk apa sebab saya nak bagi dekat anak murid saya. Hukumnya macam mana?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya jual beli seperti dalam situasi yang dinyatakan, pembelian blind box saudari adalah sah dan hukumnya harus, dengan syarat:

  1. Semua rekabentuk yang mungkin diperoleh adalah daripada jenis barang yang sama, nilai yang hampir sama dan tiada rekabentuk yang jauh lebih bernilai secara hakiki.
  2. Saudari redha dengan mana-mana design yang akan dapat, tanpa syarat tertentu.
  3. Tiada unsur hadiah tambahan, jackpot atau ‘prize’ yang menjadikan sebahagian pembeli mendapat keuntungan yang lebih dengan menggunakan wang pembeli lain.

Kesimpulannya, pembelian blind box adalah harus dan akad jual belinya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan. Ketidakpastian tentang reka bentuk barang yang bakal diperoleh merupakan gharar yasir (ketidakpastian kecil) yang dimaafkan, selagi mana semua pilihan barang mempunyai jenis dan nilai yang hampir sama serta tidak melibatkan unsur perjudian (maisir). Namun, sekiranya terdapat unsur pertaruhan atau hadiah yang bergantung pada nasib sehingga menyebabkan pembeli mempertaruhkan wang untuk memperoleh keuntungan tertentu, maka hukumnya perlu dinilai semula berdasarkan mekanisme transaksi tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 139

message user image