BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan Mufti & Warga Mufti Selangor. 
 

 

Disini saya ada satu persoalan untuk Tuan Mufti, apakah perbezaan diantara mortgage Rumah conventional & Islamic ? Sebab saya lihat, kedua-dua pembiayaan Rumah bila pinjam, diakhir sekali kena bayar lebih. Contoh pinjam RM250,000 bayar RM480,000.00. Ini jelas termasuk Dalam kategori Riba'. Bayaran lebihan itu adalah interest/bunga atau dikenali sebagai keuntungan/profit untuk membayar gaji pekerja, bonus & operation. 

saya berharap Tuan mufti boleh memberi pendapat yang lebih jelas dan teperinci tentang Hal ini. 

Terima kasih diatas masa yang diluangkan diatas persoalan saya. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan, perlu difahami bawa terdapat banyak perbezaan yang jelas antara bank konvensional dan perbankan Islam dalam pembiayaan perumahan khususnya di dalam akad atau kontrak yang digunakan. 

Secara umumnya, perbankan konvensional menggunakan kontrak pinjaman yang berteraskan faedah (interest) yang melibatkan riba, manakala perbankan Islam menggunakan pembiayaan berdasarkan kontrak Syariah melalui akad seperti Tawarruq, Murabahah atau struktur lain yang berasaskan keuntungan, bukannya riba. Dalam kes pembiayaan berdasarkan kontrak Syariah, bayaran lebih itu tidak dihukumkan sebagai riba kerana struktur akad itu sendiri yang berbeza dengan struktur akad ribawi.

Walaupun bayaran bulanan atau jumlah bayaran dilihat hampir sama, namun asas kontrak dan mekanisme pembiayaan yang digunakan adalah berbeza menjadikan perbankan Islam adalah pembiayaan patuh Syariah yang tidak melibatkan unsur riba atau perkara yang diharamkan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 28

message user image