BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum , saya ingin bertanya. 

 

Apakah hukum jika niat kita mahu membeli barang makanan , tetapi apabila kita mahu bayar . penjual itu kata tak perlu bayar , dia bagi sahaja barang itu tanpa perlu bayar apa apa. adakah ia di kira halal ( sedekah ) atau ada unsur / niat lain untuk mempergunakan kita?

 

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Allah SWT berfirman dalam Surah an-Nisa’ ayat 29:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka antara kamu.

Pada asasnya makanan tersebut halal untuk diterima dan dimakan, jika penjual dengan rela hati mengatakan tidak perlu bayar dan memang berniat memberikannya kepada kita. Dari sudut hukum, keadaan itu boleh dianggap sebagai hibah (pemberian) atau sedekah, bergantung kepada niat penjual. Tidak semestinya setiap pemberian daripada penjual mempunyai unsur yang mencurigakan dan kita dilarang untuk bersangka buruk sesama manusia. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 12:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan, sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa.

Kesimpulannya, makanan yang diberikan secara percuma oleh penjual adalah halal untuk diterima dan dimakan sekiranya penjual memberikannya dengan kerelaan hati tanpa sebarang unsur paksaan atau penipuan. Oleh itu, selagi tiada bukti yang menunjukkan pemberian tersebut melibatkan perkara yang dilarang oleh Syariah, seseorang tidak perlu berasa waswas atau bersangka buruk terhadap niat penjual.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 28

message user image