BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam Ustaz,

Ingin bertanya, Ibu saya mewasiatkan supaya kami adik beradik berzikir 1000 kali selepas subuh / maghrib dan membaca Al Fatihah 100 kali pada masa yg sama setiap hari untuk di sedekah kan kepada beliau apabila beliau meninggal dunia kelak, adakah wasiat ini wajib di laksanakan?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, pesanan ibu supaya anak-anak berzikir sebanyak 1,000 kali dan membaca Surah al-Fatihah sebanyak 100 kali setiap hari selepas beliau meninggal dunia bukanlah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan menurut hukum fiqh. Oleh itu, anak-anak tidak berdosa sekiranya tidak dapat melaksanakannya.

Walau bagaimanapun, anak-anak digalakkan untuk terus mendoakan ibu dan melakukan amalan kebaikan untuknya mengikut kemampuan masing-masing, tanpa membebankan diri dengan bilangan tertentu.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 39

message user image