BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,saya ada soalan yang ingin ditanya. seorang perempuan mempunyai masalah istihadah berpanjangan bertahun-tahun.untuk makluman, haid dan istihadahnya jenis yang kadang-kadang keluar berterusan beberapa hari dan kadang-kadang ada juga berhenti beberapa jam dan keluar lg bberapa jam dalam seharian itu dan kadang-kadang berhenti sehari dua (yang ini jarang-jarang berlaku dalam setahun)(kebanyakan istihadah atau haid ini jenis tidak mengalir tetapi ada di dalam jika di cek menggunakan tisu)(darahnya pula datang dalam pelbagai warna iaitu hitam merah coklat kuning)(dalam sehari ada bercampur bebrapa warna darah kuat dan lemah).Persoalannya boleh atau tidak kalau dia nak berpegang terus kepada adat haidnya sebelum ini iaitu 9 hari haid 21 hari suci tanpa perlu melihat hari maksimum haid itu (15 hari 15 malam) sama ada bersambung dgn istihadah atau tidak(berlaku istihadah dlm haid). Hal ini kerana terlalu banyak solat dan puasa tahun-tahun yang lalu dia perlu qada.Dia risau kalau dia perlu tunggu smpai hari maksimum haid itu menyebabkan 
makin banyak solat dan puasanya perlu d ganti.Harapan soalan ini dapat dijawab.Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, puan perlu mengikut situasi yang puan hadapi kerana itu adalah ketetapan yang telah ditentukan oleh syarak.

Jika darah yang keluar tidak melebihi tempoh maksimum haid maka kesemua darah yang keluar dalam tempoh tersebut dihukumkan sebagai haid. 

Namun, jika darah keluar berterusan sehingga melebihi tempoh maksimum haid, maka ia adalah darah yang bercampur antara darah haid dan istihadhah. Terdapat dua kaedah dalam  menentukan darah haid dan istihadhah, iaitu:

  1. Kaedah Tamyiz: Membezakan darah yang keluar tersebut dengan melihat kepada sifat-sifat yang ada pada darah. Darah yang kuat (hitam) dianggap sebagai darah haid manakala darah lemah (merah) dianggap sebagai darah istihadhah. Kaedah ini mesti didahulukan.

  2. Kaedah Adat: Jika tidak dapat membezakan jenis darah atau darah hanya bersifat satu warna sahaja (tiada beza) maka boleh ditentukan menggunakaan adat kebiasaan haidnya dengan merujuk kepada kitaran haid yang paling hampir (bulan sebelumnya). Sebagai contoh, adat haidnya 9 hari dan 21 hari adalah tempoh suci. Maka ia boleh ditentukan haidnya boleh jadi hanya 9 hari sahaja dan selebihnya adalah darah istihadhah.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 35

message user image