BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Adakah salah jika seorang isteri tidak mahu meminta cerai atau fasakh setelah dia yakin suaminya telah bertaubat sungguh-sungguh kerana melakukan kesalahan terlanjur. Suaminya merupanya orang yang baik sebelum ini tetapi telah melakukan kesalahan tersebut. Isterinya memikirkan lebih banyak kemudaratan dalam penceraian. Keluarga isteri mendesak untuk si suami melepaskan isteri. Adakah tiada kemaafan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, tidak menjadi kesalahan seorang isteri menerima kembali suaminya yang telah bertaubat nasuha di atas kesalahan masa lalunya. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Ali'Imran :135) Ia juga merupakan perkara aib yang perlu ditutup kerana pelakunya telah bertaubat dan menyesali perbuatannya. Pihak keluarga isteri tidak boleh mendesak untuk meruntuhkan rumahtangganya, sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda; ليس منا من خبب امرأة على زوجها او عبدا على سيده Maksudnya : Bukan dikalangan kami (umat Nabi Muhammad SAW) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya, atau hamba dengan tuannya”. (Riwayat Abu Daud) Urusan taubat suami tersebut, sesungguhnya hanya Allah SWT Maha Pengampun. Firman Allah SWT : وَٱسْتَغْفِرِ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا Maksudnya : “Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah; kerana sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (an-Nisa' :106) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 144

message user image