BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Saya ingin memohon pencerahan dari untuk 3 soalan di bawah ini. Semoga Ustaz sudi memberi pencerahan.

1. Lebih kurang 23 tahun lalu saya ada beli Rumah Mampu Milik dengan mengunakan bantuan Saudara yang bekerja di Setiausaha Kerajaan (SUK). Setelah dapat rumah tersebut Ibu saya memberi duit sekitar RM500 kepada saudara yang membantu tersebut

Soalan 1: Adakah ini di kira rasuah?

 

2. Lebih kurang 12 tahun lalu saya ada beli Lot Kedai Mampu Milik dengan mengunakan bantuan Kawan yang ada kenalan dengan orang Setiausaha Kerajaan (SUK). Semua proses di uruskan oleh kawan saya itu dengan charge 10% dari harga Lot Kedai tersebut.

Soalan 2: Adakah ini di kira rasuah?

 

Soalan 3: Sekiranya kedua-dua perbuatan tersebut merupakan rasuah. Apa hukumnya saya Menginap, Menyewakan atau Menjual Rumah & Lot Kedai tersebut?

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Soalan pertama dan kedua adalah berkaitan. Setelah merujuk dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kedua-dua perbuatan mempunyai dua keadaan untuk penelitian tuan selanjutnya:

  1. Kelayakan tuan untuk memiliki rumah mampu milik dan lot kedai mampu milik. Sekiranya tuan tidak layak dan menggunakan saudara tuan sebagai pemangkin untuk mendapatkan kedua-dua aset, maka ia adalah rasuah disebabkan ada bayaran RM500 kepada saudara tersebut.  
  2. Sekiranya peranan kenalan rakan tuan yang membantu adalah sebagai pegawai yang terlibat langsung untuk memproses, meluluskan dan mengesahkan permohonan pembelian kedua-dua aset, ia adalah jelas melanggar AKTA SPRM iaitu menyalah guna kuasa.  

Sekiranya kedua-dua situasi di atas tidak mengena, maka ia adalah harus. Namun jika ianya bersangkut-paut, maka jelas telah berlaku jenayah berunsur rasuah dan salah guna kuasa. Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn ‘Amr RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

لعن رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّم الرّاشيَ والمرتَشِيَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah” (Riwayat Abu Daud)

Soalan ketiga berkaitan dengan penggunaan atau hasil daripada rumah dan tanah lot tersebut, sekiranya tidak melibatkan rasuah, maka ia diharuskan. Sekiranya terdapat unsur rasuah, maka ia dikategorikan sebagai memiliki harta dengan cara yang dilarang dan dibimbangi harta yang diperolehi tidak mendapat keberkatan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image