Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Adakah kasut sekolah saya perlu disertu? Suatu hari, apabila dalam perjalanan ke sekolah, saya melihat dengan mata saya sendiri, seekor anjing - lalu di kawasan jalan yang basah(jalan raya basah selepas hujan). Yang mana jalan tersebut dilalui oleh saya sendiri untuk menyeberang ke kawasan sekolah.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, kasut tersebut tidak perlu disertu. Sekadar melalui jalan basah yang turut dilalui oleh anjing tidak menyebabkan kasut dihukum bernajis. Hal ini kerana, hukum asal sesuatu benda adalah suci selagi tidak diyakini terdapat ain najis anjing yang terkena pada kasut. Oleh itu, keraguan semata-mata tidak mengubah hukum asal tersebut.
Sekian, terima kasih.